Wednesday, 20 February 2019
0001 - Pengenalan Kitab Sarah Nurul Yaqin ( نور اليقين )
0001 - Pengenalan Kitab Sarah Nurul Yaqin ( نور اليقين )
0003 Keturunan Rasulullah SAW - Manusia menjadi mulia dengan kehadiran Nabi Muhammad SAW
Manusia menjadi mulia dengan kehadiran Muhammad bin Abdullah. Ibunya Bersama Aminah binti Wahab al-Zuhriyyah al-Quraisyiyyah. Suaminya Abdullah adalah anak kepada Abd al-Mutallib hasıl perkahwinannya dengan Fatimah binti 'Amru al-Makhzumiyyah al-Quraisyiyyah. Abd al-Mutallib adalah seorang pemimpin yang disegani di kalangan orang-orang Quraisy. Mereka mendapatkan pandangannya dalam menyelesaikan permasalahan-permasaalahan yang timbul dan mendahulukannya dalam urusan-urusan yang penting. Abd al-Mutallib adalah anak kepada Hasyim hasil perkahwinannya dengan Salma binti 'Amru al-Najjariyyah al-Khazrajiyyah. Hashim pula adalah anak Abd Manaf yang berkahwin dengan 'Atikah binti Murrah al-Salimiyyah. Abd Manaf ( عبد مناف ) adalah anak kepada Qusay yang berkahwin dengan Hubay binti Hulail al-Khuza'iyyah.
0004 - Di Zaman Jahiliyyah Semua Jabatan Di sandang oley Qusay
Pada zaman Jahiliyyah, Jabatan Hijabah Baitullah ( Mengurus Baitullah ), Jabatan Siqayah (memberi minum kepada jamaah haji), Jabatan Rifadah (memberi makan kepada jamaah haji), Jabatan Nudwah (permesyuaratan) dan Jabatan Liwa' (panglima perang) semuanya disandang oleh Qusay. Mesyuarat tidak akan mengambil sesuatu keputusan kecuali dirumahnya. Ketika ajal hampir tiba, dia menyerahkan semua jabatan tersebut kepada salah seorang anaknya iaitu Abd al-Dar. Walau bagaimanapun, bani Abd Manaf bersepakat uituk tidak membiarkan Bani al-Dar memonopoli semua kebanggan tersebut. Tentangan tersebut hampir-hampir mencetuskan perang saudara. Tetapi ia dapat diselesaikan secara bijaksana oleh kedua-dua pihak. Mereka mengambil keputusan untuk menyerahkan Jabatan Siqayah dan Jabatan Rifadah kepada Bani Abd Manaf. Kedua-dua jabatan tersebut kekal berada di tangan mereka sehingga diepgang Oleh al-"Abbas bin Abd Mutallib. Selepas al-'Abbas meninggal dunia, jabatan tersebut diserahkan kepada anaknya. Jabatan Hijabah diserahkan kepada bani Abd al-Dar. Penyerahan tersebut diiktiraf oleh syarak dan tugas tersebut masih dipegang oleh mereka sehingga sekarang. Mereka ialah Syaibah bin Uthman bin Abu Talhah bin Abd al-Uzza bin Uthman bin Abd al-Dar. Jabatan Liwa' juga diserahkan kepada Bani Abd al-Dar. Di zaman Islam, jabatan ini telah diserahkan kepada Khalifah. Khalifah berhak menyerahkannya kepada sesiapa yang layak. Begitu juga dengan Jabatan Nudwah.
Friday, 15 February 2019
15022019 Jumaat - Hari ini diwujudkan Blog Sirah Nabawiyyah Syariifah . Mudah-mudahan bermanfaat.
15022019 Jumaat - Hari ini diwujudkan Blog Sirah Nabawiyyah Syariifah . Mudah-mudahan bermanfaat.
Subscribe to:
Posts (Atom)